Hai...bertemu kembali...dah lama rasanya xhapdet blog ni...ntah lah, nk kata busy sangat pon , xth la nk kata aper....hehehe..
Bersempena bulan baik dan hari baik, Anna menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa, dan menyinggung perasaan sepanjang penulisan Anna di blog ni... Di harap diampunkan segala salah dan khilaf yang ada sepanjang penulisan saya ini....
Tahun ini merupakan tahun pertama Anna beraya bersama orang baru dalam keluarga...Sungguh x sangka kerana Anna telah mempunyai seorang adik ipar... Tetiba di pagi raya, rasa sebak menyelubungi kerana tahun ini merupakan tahun ke 10 bagi Abah dan tahun ke 5 bagi Mama yang telah pergi menghadap Ilahi...Rasa sebak dan sedih bila terkenangkan pemergian insan tersayang ni...lebih kesian lagi bila adik iparku tidak sempat bertemu dengan kedua2 mereka..Ketika mengunjungi pusara ibubapaku, rasa sayu terus menyelubungi diri...Ketika surah Yassin di baca, perasaan sebak terus menyelubungi... Selepas mengunjungi pusara bonda dan ayahanda, Anna mengunjungi runah sanak saudara .... Ok lah Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
1st Family potraite after a long ago...