Nuffnang Ads

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya AidilAdha

Besok adalah hari kebesaran bagi umat islam selain Hari Raya Aidilfitri... Dan mereka yang menunaikan haji di tanah suci telah pun melakukan perkara kemuncak iaitu wukuf di padang arafah.... Alangkah bagusnya kalau suatu hari nanti aku dapat menjejakkan kaki di sana bersam 2 dengan keluarga tercinta...

Harini cam xder mood nak menulis blog.. rasa syahdu dengar takbir di surau berdekatan.. Kini ada lebih kurang 2 bulan lagi untuk menempuh lembaran baru...Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.. namun aku redha.. Aku harap ini akan menjadi pengajaran bagi diri ku supaya terus tabah di hari  mendatang. 

Rindunya pada mereka yang telah tiada..moga mereka aman di sana.. Ok lah xtahu nk tulis aper lagi tapi sebelum mengundur diri, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat islam di serata dunia... Semoga iman dan taqwa akan tetap utuh untuk selamanya..

No comments: